19 November 2012

Wahai Sayang Yang Bukan Sayangku

Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hatimu?
Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?
Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?

18 Perkara Yang Perempuan Inginkan Dari Lelaki



 :-P berikut merupakan 18 perkara yang diinginkan oleh perempuan yang telah disusun mengikut abjad.
1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.
2. Bersikap adil
Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.
3. Bertanggung jawab
Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.
4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.
5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.
6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.
7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.
8. Kejujuran
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.

9. Kepercayaan
Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.
10. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.
11. Lemah lembut
Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.
12. Memahami
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.
13. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?
14. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.
15. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.
16. Perlindungan
Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.

17. Rajin
Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.
18. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.
Jadi…itulah dia 18 perkara yang diinginkan oleh perempuan dari lelaki. Adakah anda mempunyai kelapan-lapan belas perkara ini? Jika ada, bagus dan tahniah kami ucapkan.
Tetapi jika tidak, cuba perbaiki diri anda dan berikan apa yang mereka mahukan dari anda. Mudah-mudahan kebaikan dan usaha yang anda lakukan kepada dirinya akan dapat mememlihara perhubungan anda berdua. :)

Kini kau milik orang lain


Air mata kelelakianku gugur jua biarpun ditahan. Aku kecundang lantaran nokhtah cinta yang terbina begitu lama terputus di tengah jalan.
Di dalam tidurku, aku menangis apabila mengenangkan berita mengenai pertunanganmu.
Luahan Hati Cinta Kecewa
Sayangku,
Aku cukup terkilan dengan nokhtah cinta kita. Di lembah itu kita dipertemukan, segala pahit maung kita lalui dengan tabah sehinggalah kau berjaya mencapai kerjaya yang kau impikan. Aku cukup meminati kerjayamu apatah lagi sikapmu.
Lantaran kesungguhanku untukmu, pelbagai persediaan awal telah kubuat, duit hantaran kita dan cincin pertunangan. Kusimpan berdikit biarpun aku hanya membuat kerja kampung.
Aku sedar sikap berdiam diriku memakan diri. Aku terlalu mengharapkan kawan sebagai perantaraan antara kisah kita. Puas sudah kukirim surat tapi tidak kesampaian. Alamat yang diberikan padaku oleh kawan kita salah. Harapkan penyokong, penyokong membawa rebah. Dikhabarkannya pula bahawa aku sudah mempunyai insan lain.
Setelah bertunang, kau menghubungiku untuk memberitahu hal pertunanganmu. Aku cukup terkejut dan terkilan setelah mendengarnya. Aku tidak dapat menerima hakikat bahawa kau sudah bertunang. Kau akan
berdampingan dengan insan lain dan kau akan mengahwini orang lain. Aku tidak dapat menerima hakikat yang kau akan mendapat anak daripada lelaki lain… cukup tidak dapat aku terima. Lantaran kecewa dan terkilan dengan sikapmu, aku menghabiskan segala wang perbelanjaan dalam masa sebulan. Hatiku sebak apabila melihat wang dan cincin itu.
Juitaku,
Perempuan tetap dengan sikap hati perempuannya. Begitu mudah berubah. Pernahkah kaufikirkan pengorbanan yang aku lakukan demi cinta kita? Titisan keringatku gugur demi membaja cintaku padamu. Berapa lamakah
penantianku dalam membuang masa menantimu ? Sedikit pun tidak kauhargainya. Khabar angin mengatakan kau sedia menerima lelaki lain yang baru kaukenali. Cinta yang dibina seabad lama, dilupa seminit sahaja. Aku cukup kecewa, sayang. Segala kerja tidak menjadi. Bayangan kecewa, terkilan, kesal membayangi setiap langkahku. Bulan tidak pernah berubah biarpun awan sentiasa menggamit lalu.
Aku menginsafi diriku kini, insan haus yang mengharap seteguk air di padang pasir.
Biarpun puas kucuba menanam kebencian padamu demi masa depanku, tapi gagal dewiku. Kau cukup baik bagiku. Tidak ada kesalahan kucari demi untuk membencimu. Makin ku membencimu makin keliru pemikiran ini. Yang paling kutakut, kalau kau akan dipersiakan.
Bulan Oktober kau akan diijabkabulkan. Sukar untuk kuterima peristiwa manismu. Dalam luluh hati dan ketidakredaan terpaksa kulafazkan ‘Selamat Pengantin Baru’. Jangan dikenang saat manis antara kita demi kebahagiaan rumah tanggamu kerana kutahu kau adalah gadis baik.
Mungkin hati ini akan terubat. Mungkin sebulan, setahun, sepuluh tahun aku akan dapat melupakanmu. Dan yang nyata tragedi Oktober akan kuingat sampai mati. -

13 November 2012

She Hurt and she cries

A sunny day Meaning Nothing,
Someone is walking into my heart,
I looked forward to chance
My melancholy, precious man,
You flew here by mistake


Alice in wonderland,
like a fable,
night when a milky way goes through the star milky way
my hope is standing,
he walked with the speed of memories

~Lima Jambatan Kehidupan~



Jambatan terpendek adalah : PUTUS ASA (T_T)
Jambatan terpanjang adalah : PENGHARAPAN (~_~)
Jambatan terkuat adalah : IMAN (^_^)
Jambatan termahal adalah : PENGORBANAN (>_<)
Jambatan terindah adalah : KASIH SAYANG (",)

17 Oktober 2012

~ Seandainya kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dgn hatiku ~


~✿..Bukan tidak suka..bahkan jauh sekali ingin MEMBENCI, saya cuma TIDAK KUAT ingin menolak rasa yang kadang-kala menerpa..lantas kerana itulah saya MELARIKAN DIRI kerana saya tahu saya bukanlah srikandi yang TEGUH IMANNYA di hati..saya cum
a hamba yang kadang-kala jatuhnya tidak diingini, saya tahu amat sukar bagi kamu untuk mengerti.,

Andai kamu ingin melarikan diri..tiada lain saya HARAPKAN melainkan diredhakan hati kerana saya tahu RENCANA Ilahi adalah sebaik-baik KETETAPAN buat diri..lantas, siapalah saya untuk MENYANGGAHI? Andai ingin MENANTI..janganlah kamu MERAPATI..kerana saya pasti MENJAUHI, bukan kerana membenci tetapi kerana saya bukanlah srikandi yang tebal imannya di hati..buat hati yang menangisi..pergilah mencari REDHA Illahi..✿~

>>> Awak mencari cinta saya kerana hati awk BELUM DIPENUHI dengan CINTA Ilahi, BELUM TERISI dengan kasih sayangNya.. RAIHLAH cintaNya terlebih dahulu sebelum meraih cinta saya ini..♥♥


~♥..Panas di dunia, panas lagi di akhirat nanti..TUDUNG ini umpama PAYUNG yang MELINDUNGI kita daripada KEPANASAN yang berjuta-juta kali ganda di akhirat nanti..♥ ~

>>> PESAN SAY

A pada sahabat muslimah sekalian :
HARGAILAH DIRI kita dan TUNTUTLAH ilmu islam dengan sebaiknya kerana ia adalah tuntutan yang WAJIB bagi seorang islam..jika kita ingin mencari REDHA Ilahi, maka LAKSANAKANLAH apa yang telah diperintahkanNya tanpa mempersoalkan kembali apa yang telah Allah perintahkan serta meninggalkan segala laranganNya..ingatlah, kita merupakan GOLONGAN paling ramai yang memasuki NERAKA..tidak berasa malukah kita semua? tidak berasa takutkah kita dengan azab Allah? Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjiNya..malulah kita semua muslimah, malulah..♥♥

p/s: JANGAN MEMPERSOALKAN apa yang telah Allah NOKTAHKAN dan apa yang telah ALLAH perintahkan kerana di sebalik suruhan ALLAH itu terselit HIKMAH dan KEBAIKANNYA andai kita dapat memahami dan menyedari..bukankah suruhan ALLAH itu menandakan Allah SAYANGKAN kita, ayuh..bangkitlah dari lena panjang, sedarilah bahawa permainan dunia MEMERANGKAP kita..menghantar kita ke lembah neraka yang hina..♥♥


~♥ ..Sekali-kali terfikir tentang jodoh, pada akhirnya kelak dengan SIAPA aku akan MENIKAH..siapakah dia yang akan menjadi IMAM dalam solatku, siapakah dia yang akan menjadi NAKHODA dalam bahtera rumahtanggaku..♥ ~

>>> Allah adalah sebaik-baik pengatur..HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian..cuma, manusia selalu KURANG SABAR..belum sampai ke hujung jalan, sudah BERPUTUS ASA..lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya? Jodoh, memang misteri Ilahi..sampai masa dia PASTI datang..membawa kita terbang bersama cuma perlu SABAR..♥♥

10 September 2012

Antara cinta dan persahabatan

Persahabatan sering kali bertukar menjadi permusuhan apabila cinta menjadi pertaruhan.
Persahabatan yang indah akan hancur bila hadirnya keinginan yang lebih untuk hidup bersama yang akhirnya menjadi perebutan.
Apakah pilihan anda apabila persahabatan dan cinta dipertaruhkan dalam perhubungan?

PERTEMUAN YANG TAK DIRANCANG : “sEmuA aDaLah Kuasa aLLah” :


Pertemuan kami memang tidak dirancang sama sekali sebab kami memang tidak mengenali antara satu sama lain.Bertapa besarnya kuasa allah di atas pertemuan ini walau pon kekadang2 macam cHipsmore..pertemuan kami di awali dgn org2 yg tersayang iaitu “ARWAH” ABAH dan kwn2 sekerja arwah abah yang telah mempertemukan kami secara angin iaitu melalui teleFon sahaja.. bermulanya pertemuan dgn Capital “F” adalah seawal 2012 jan sebenarnya tapi hanya dalam call n msg sahaja.. walaupon ku tidak mengenali dye tapi ku cuba mengenali atas nasihat kedua orang Tua ku.. sejak Januari ku mula mengenali dia hanya dgn msg sahaja walaupun saat itu ku langsung tidak mengetahui siapakah Capital “F” yang selalu “arwah” abah maksudkan.. tapi demi menjaga hati kedua orang tuaku jadi ku sedikit demi sedikit mengenali lah c dia yang Bernama “ MOHD FARID BIN MOHD ZAID “ .. memang aku akui lah bahawa aku dah tak percayakan lelaki tapi Fitrah bahawa perempuan akan bersama dengan lelaki jugak walau seBenci manapun dgn Kaum Lelaki.. aku taw c Capital “F” yang arwah abah carikan niey baik n sopan santun yelah pilihan org tua mmg bagos tapi disebabkan kisah silam aku jadi dendam dgn lelaki sbb di fikiran aku, bahawa lelaki niey smuanya sama ( PENIPU,HIPOKRIT,PEMBOHONG,PENDUSTA,PENDUA,xiKHLAs) itu lah yang sering bermain di fikiran aku TETANG LELAKI tapi aku taw bahawa xsemua lelaki sama .. so sekarang soal lelaki biarlah tuhan yang tentunkan.. aku Redho d jalannya jika dah ditentukan macam mane sekalipun. Sampai sekarang aku masih teringat pesanan “arwah” abah pada aku soal capital “F” ..sayu dan shahdu hati aku bila di ingatkan balik… abah selalu PESAN “ jangan gadoh2 dgn farid,jgn tengking2,jgn marah2,cakap leklok2 dgn farid tu jer abah nak.” Hermmmm tapi sayangnyer aku hanya mampu ingt pesanan “arwah” abah sahaja sbb smua hanya tinggal kenangan sahaja .. abah telah kembali ke rahmatullaallah pada 24/08/2012 – 6syawal – 6.15pm hari jumaat… aku tahu capital “F” baik sangat orang .. dye baik terhadap keluarga aku, baik terhadap aku tapi aku xsebaik solehah.aku berterima kasih padanya sbb sudi menjaga aku selepas pemergian abah buat selamanya.. dye menjaga aku dgn baik sekali dan menjaga keluarga aku macam keluarga dye sendiri..Ya allah kenapalah dugaan seberat ini datang kepada aku, walaupun aku boleh menipu org sekeliling aku bahwa aku KUAT tp aku xsekuat yang disangkakan walaupun aku xmenangis di mata tapi aku menangis dan merintih di dalam hati sahaja, hanya tuhan yang tahu betapa beratnya dugaan hidop aku selepas permergiaan abah.. walaupun abah seorang yang GARANG & TEGAS tapi abah adalah seorang yang Penyayang dan kasih kepada anak2 dan isterinya … Sampai sekarang aku masih berfikir ape maksud “arwah” abah dengan Mewasiatkan supaya aku BERsatu dgn FARID.. ya allah kau tenangkan lah hati ini yang masih berfikir soal WASIAT “arwah” abah  Tapi kenapa dalam ramai2 anak abah kenapa FATIN jugak diwasiatkan dgn FARID.. sampai sekarang otakku tak habis berfikir.. ape lah nasib aku.. kenapalah “arwah” abah pergi secepat ini.. atien xleh terima kenyataan bahawa secepat niey abah pergi.. HAsrat “arwah” abah tak tercapai untuk MeWALIkan aku dgn bakal suami ku “xtaw siapa kah bakalnyer” .. ya allah kau selamatkan lah “arwah” abah di sana .. hermmm… aku terhutang budi dengan capital “F” sebab dye sudi menjaga aku dan keluarga aku walaupun abah sudah tiada.. bertapa besarnya pergorbanan farid terhadap aku dan keluarga.. aku tidak menghalang pon dye nak memilih sesiapa pon utk kehidupan dye , aku hanya berkwn dgn dye disebabkan pesanan “arwah” abah supaya terus bersama dgn nyer… aku pon tidak taw nak kata apa2 lagi .. thanks 4everthing di atas pergorbananmu terhadap diriku dan keluarga.. Kamoe Terlalu baik untukku .. aku hanya mampu berserah kepada takdirnya .. JODOH pertemuan , maut dan ajal semua aLLah dah tentukan aku hanya redho sahaja.. tapi kadang aku kesian dgn mohd farid sbb terpakse pikul tanggugjawab yang bukan tanggungjawabnyer sebenarnya.. insyaallah jika dia bukan untukku so aku akn lepaskan dia utk kebahagiaanye .. jika dia untuk ku dengan kasihnya dan sayangnya ku terima dgn ikhlas atas kasih illahi.. insyaallah .. kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menetukan ape yang terbaik untuk hamba nya .. kenapa lah nasib aku jadi macam niey.. aku xfhm… jika “arwah” abah masih ada smua niey xkan jadi .. smua niey mybe msh dalam gurauan dan gelak ketawa abah dan kwn2.. orang lain yang tak merasai boleh cakap SABAR dan redho tp aku yang merasai seawall usia ini dgn seberat yang xmampu aku katakana apa.. aku masih ingt sewaktu “arwah” abah masih ada … time abah call aku, abah mesti cakap pasal FARID2 ..than bila mama call mesti pasal farid jugak disebutkan.. istimewakah aku sampaikan “arwah” abah buat mcm niey.. MengWASIATKAN aku dan utk kehidupanku… aku tahu mungkin itu yang terbaik bagi “arwah” abah dan mama tapi sayangnyerr “arwah” abah tak sempat nak ME –WaLikan aku dalam akad & nikah ku… itu yang aku sangat sedih dan xboleh terima kenyataan..  jikalaulah aku dgn farid tuhan telah satukan kami, Orang yang pertama akan bahgian adalah mama dan “arwah” abah yang berada disana.. ya allah kau kuatkanlah semangatku untuk teruskan kehidupan yang aku xtaw kemana arahnye penghujungnyerr… aku harap suatu saat nanti bialah ada penghujunnyerr kisah antara FARID & FATIN … tuhan sahaja tahu bahswa fatin bukan perampas.. relationship dkt Fb pon di atas persetujuaan antara kedua belah pihak… hanya antara frd n ftn shja taw..org luar dr kami tidak mengetahuan kisah sebenar…  aku pon pelik ape yg istimewanya frd di mata family aku.. tp aku taw c Capital “F” adalah seorang yang sangat baik n berbudi bahasa.. sampaikan mama cakap farid pon anaknya jgk.. “OMG” sayu haty..nieylah kali pertama hidopku jadi mcm niey.. mungkin ada hikmah di atas pertemuan kami .. kerana dia keluarga kami bersatu dan sehinggakan menganggap frd sebahagian keluarga kami… aku tidak tahu mcm mane hendak membalas jasa baik farid kepada keluarga aku..seandainya “arwah” abah masih ada mesti dye lah paling bahagia.. ya allah… :’( tabahkanlah hati aku untuk menempuhi segala dugaan hidop yang xpernah aku alami … bagi org luar mmg tidak tahu ape yang aku rasakan… terima kasih bebanyak di atas jasa budimu terhadap aku dan keluargaku.. kamu adalah merangkap anak lelaki “arwah” abah… aku tahu bahawa aku tidak layak untuk mu.. sbb kamu terlalu baik untukku.. setiap masa dan saat kamu tidak pernah lelah utk melayan kerenah ku walau aku kekadang agak kasar dgnmu… kamu adalah yang terbaik dari segalanya yang sebelom niey pernah ku jumpa.. aku mintak maaf di atas adaptasi kisah kita dalam ini.. jika boleh aku ingin jadikan kisah kita sebagai kenangan dan diterbitkan dalam NOVEL…  kisah kita yang selebihnya biarlah jadi kenangan dalam hati dan jantung kita semua… thanks 4everthing di atas jasa baik mu terhadap ku dan keluarga ku… SNF xkan pernah melupakan kebaikan mu terhadap ku dan keluargaku… walau apepun yang terjadi biarlah tuhan yang menentukan ape kesudahan d penghujung kisah kita… salam kasih dari Atien Camielieya …  ku ingin kamu tahu ‘ kamu adalah yang terbaik dari sebelom ini’ betol kata2 “arwah” abah… dari ini KU HULURKAN SALAM CINTA & KASIHKU ATAS iLLAHI DAN DIMULAKAN DENGAN ASSALAMUALAIKUM CHENTA & BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM <3 <3 <3 ….
ISTIKHARAH CINTA