14 April 2014

Ya Allah Jagalah DIA UntukKU

Ya Allah Jagalah DIA UntukKU



“ ya allah , berikanlah kepadku hikmah (agaraku menjadi orang yang bijaksana) dan pertemukanlah aku dengan orang yang soleh. “

Wahai tulang rusukku,
Engkaulah pilihanKU.


Selagi Dia belum halal untukKu,
Aku serahkan penjagaannya pada-Mu ya allah. Kerana kepada-Mu hamba berserah diri. Selagi dia belum halal untukku. Selagi dia masih menjadi asing bagiku…



Ya Allah,
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku. Seorang yang sanggup mencintai-mu lebih daripada segala sesuatu. Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau ya Allah. Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-Mu ya allah. Wajah kacak dan daya tarikan fizikal tidaklah penting bagiku cukup sekadar kasih dan sayangnya kepadaku sehingga akhir hayatKu. Yang paling penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai engkau dan dia haruslah mengetahui untuk siapa dan mengapa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia. Seseorang yang memiliki hati yang bijak bukan hanya otak yang cerdas. Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi menghormati aku. Seorang lelaki yang bukan memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah. Seorang yang mencintaiku buka kerana keCantikanku tetapi kerana hatiku. Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu & situasi. Seorang yang dapat membuatku merasa sebagai wanita ketika berada di Sebelahnya.
Aku tidak meminta seseorang yang Sempurna, Namun aku meminta seseorang yang tidak Sempuna, Sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-mu. Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya. Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupanya. Seseorang yang memerlukan senyuman untuk mengatasi kesedihannya. Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.
Dan aku juga meminta:
Jadikanlah aku seorang permpuan yang dapat membuat lelaki itu bangga. Berikanlah aku sebuah hati yang sungguh mencintai-mu, Sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-mu, Bukan mencintainya dengan sekadar cintaku. Berikanlah sifat-mu yang lembut sehingga kecantikanku dating darimu bukan dari luar diriku.
Berilah aku tangan-mu sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya. Berikanlah aku penglihatan-mu sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk sahaja. Berikanlah aku kata-kata kebijaksanaan-mu dan pemberi semangat, Sehingga aku dapat mendukungnya setiaphari, dan aku dapat tersenyumpadanya setiap pagi. Dan selalu memberikan semangat untuknya. Dan bilamana akhir kami akan bertemu, aku harap kamiberdua dapat mengatakan, “Betapa besarnya ALLAH itu kerana Dia telah memberikan kepadaku, Seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.” Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang kau tentukan.

Aku pun akan selalu berdoa untuk seseorang di sana. Aku tidak tahu siapa dia sebenarnya. Tetapi aku sangat Yakin, jika allah berkehendakkan dia untukku. Allah tidak akan pernah mensia-siakan hamba-Nya.

Siapakah yang tahu Jodoh kita? Kita semua tidak tahu siapa jodoh kita. Tetapi kita boleh berdoa walau siapa pun orangnya, dia akan membuat kita sentiasa dalam keadaan Bahagia…
 “Hanya allah yang tahu siapa yang akan mendampingi kita suatu saat nanti”.
Meskipun kamu masih terasing dan asing bagiku.
 “Aku tidak dapat melupakannya…”
“Aku terlanjur SAYANG padaMu…”
“Aku tidak dapat hidup tampanya…”

Menunggu dengan tenang…
Bila tiba masa, semuanya akan bahagia. Tunggulah sesaat kerana kesabaran pasti berbuah dengan Keindahan.