Kalau dapat ku karang puisi cinta
persis hati jiwa yang gembira
melakar senyuman pastinya
... akan ku lompat terbang burung
... tinggi di awan tiada murung
... tiada lagi duka ditarung
... sungguh kala itu mahu ku beruntung
Tapi..
apa daya ku
apa ada ku
apa asa ku
Dilingkari nostalgia bahagia
yang akhirnya terlingkup mati
Dilingkari kenangan indah
yang akhirnya airmata meniti
Dilingkari syu'ur sa'adah
yang akhirnya tak kekal di hati
Aduhai melati
menyusun aksara puisi cinta.. aku buntu
melirik lagu mekar.. aku kaku
kerana tulisan ku hanya mampu
.. menyeru jiwa yang rindu
.. menyeka hati yang pilu
Oh..aduhai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan