Ya Allah Jagalah DIA UntukKU
“ ya allah , berikanlah kepadku hikmah (agaraku menjadi
orang yang bijaksana) dan pertemukanlah aku dengan orang yang soleh. “
Wahai tulang rusukku,
Engkaulah pilihanKU.
Selagi Dia belum halal untukKu,
Aku serahkan penjagaannya pada-Mu ya allah. Kerana kepada-Mu
hamba berserah diri. Selagi dia belum halal untukku. Selagi dia masih menjadi
asing bagiku…
Ya Allah,
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian
daripada hidupku. Seorang yang sanggup mencintai-mu lebih daripada segala
sesuatu. Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya
setelah Engkau ya Allah. Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri
tetapi untuk-Mu ya allah. Wajah kacak dan daya tarikan fizikal tidaklah penting
bagiku cukup sekadar kasih dan sayangnya kepadaku sehingga akhir hayatKu. Yang
paling penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai engkau dan dia
haruslah mengetahui untuk siapa dan mengapa dia hidup, sehingga hidupnya
tidaklah sia-sia. Seseorang yang memiliki hati yang bijak bukan hanya otak yang
cerdas. Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi menghormati aku.
Seorang lelaki yang bukan memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku
berbuat salah. Seorang yang mencintaiku buka kerana keCantikanku tetapi kerana
hatiku. Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu
& situasi. Seorang yang dapat membuatku merasa sebagai wanita ketika berada
di Sebelahnya.
Aku tidak meminta seseorang yang Sempurna, Namun aku meminta
seseorang yang tidak Sempuna, Sehingga aku dapat membuatnya sempurna di
mata-mu. Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya. Seorang
lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupanya. Seseorang yang memerlukan
senyuman untuk mengatasi kesedihannya. Seseorang yang memerlukan diriku untuk
membuat hidupnya menjadi sempurna.
Dan aku juga meminta:
Jadikanlah aku seorang permpuan yang dapat membuat lelaki
itu bangga. Berikanlah aku sebuah hati yang sungguh mencintai-mu, Sehingga aku
dapat mencintainya dengan cinta-mu, Bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikanlah sifat-mu yang lembut sehingga kecantikanku dating darimu bukan dari
luar diriku.
Berilah aku tangan-mu sehingga aku selalu mampu berdoa
untuknya. Berikanlah aku penglihatan-mu sehingga aku dapat melihat banyak hal
baik dalam dirinya dan bukan hal buruk sahaja. Berikanlah aku kata-kata
kebijaksanaan-mu dan pemberi semangat, Sehingga aku dapat mendukungnya
setiaphari, dan aku dapat tersenyumpadanya setiap pagi. Dan selalu memberikan
semangat untuknya. Dan bilamana akhir kami akan bertemu, aku harap kamiberdua
dapat mengatakan, “Betapa besarnya ALLAH itu kerana Dia telah memberikan
kepadaku, Seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.” Aku
mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan
Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang kau tentukan.
Aku pun akan selalu berdoa untuk seseorang di
sana. Aku tidak tahu siapa dia sebenarnya. Tetapi aku sangat Yakin, jika allah berkehendakkan
dia untukku. Allah tidak akan pernah mensia-siakan hamba-Nya.
Siapakah yang tahu Jodoh kita? Kita semua tidak tahu siapa
jodoh kita. Tetapi kita boleh berdoa walau siapa pun orangnya, dia akan membuat
kita sentiasa dalam keadaan Bahagia…
“Hanya allah yang
tahu siapa yang akan mendampingi kita suatu saat nanti”.
Meskipun kamu masih terasing dan asing bagiku.
“Aku tidak dapat
melupakannya…”
“Aku terlanjur SAYANG padaMu…”
“Aku tidak dapat hidup tampanya…”
Menunggu dengan tenang…
Bila tiba masa, semuanya akan bahagia. Tunggulah sesaat
kerana kesabaran pasti berbuah dengan Keindahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan