19 November 2012

Kini kau milik orang lain


Air mata kelelakianku gugur jua biarpun ditahan. Aku kecundang lantaran nokhtah cinta yang terbina begitu lama terputus di tengah jalan.
Di dalam tidurku, aku menangis apabila mengenangkan berita mengenai pertunanganmu.
Luahan Hati Cinta Kecewa
Sayangku,
Aku cukup terkilan dengan nokhtah cinta kita. Di lembah itu kita dipertemukan, segala pahit maung kita lalui dengan tabah sehinggalah kau berjaya mencapai kerjaya yang kau impikan. Aku cukup meminati kerjayamu apatah lagi sikapmu.
Lantaran kesungguhanku untukmu, pelbagai persediaan awal telah kubuat, duit hantaran kita dan cincin pertunangan. Kusimpan berdikit biarpun aku hanya membuat kerja kampung.
Aku sedar sikap berdiam diriku memakan diri. Aku terlalu mengharapkan kawan sebagai perantaraan antara kisah kita. Puas sudah kukirim surat tapi tidak kesampaian. Alamat yang diberikan padaku oleh kawan kita salah. Harapkan penyokong, penyokong membawa rebah. Dikhabarkannya pula bahawa aku sudah mempunyai insan lain.
Setelah bertunang, kau menghubungiku untuk memberitahu hal pertunanganmu. Aku cukup terkejut dan terkilan setelah mendengarnya. Aku tidak dapat menerima hakikat bahawa kau sudah bertunang. Kau akan
berdampingan dengan insan lain dan kau akan mengahwini orang lain. Aku tidak dapat menerima hakikat yang kau akan mendapat anak daripada lelaki lain… cukup tidak dapat aku terima. Lantaran kecewa dan terkilan dengan sikapmu, aku menghabiskan segala wang perbelanjaan dalam masa sebulan. Hatiku sebak apabila melihat wang dan cincin itu.
Juitaku,
Perempuan tetap dengan sikap hati perempuannya. Begitu mudah berubah. Pernahkah kaufikirkan pengorbanan yang aku lakukan demi cinta kita? Titisan keringatku gugur demi membaja cintaku padamu. Berapa lamakah
penantianku dalam membuang masa menantimu ? Sedikit pun tidak kauhargainya. Khabar angin mengatakan kau sedia menerima lelaki lain yang baru kaukenali. Cinta yang dibina seabad lama, dilupa seminit sahaja. Aku cukup kecewa, sayang. Segala kerja tidak menjadi. Bayangan kecewa, terkilan, kesal membayangi setiap langkahku. Bulan tidak pernah berubah biarpun awan sentiasa menggamit lalu.
Aku menginsafi diriku kini, insan haus yang mengharap seteguk air di padang pasir.
Biarpun puas kucuba menanam kebencian padamu demi masa depanku, tapi gagal dewiku. Kau cukup baik bagiku. Tidak ada kesalahan kucari demi untuk membencimu. Makin ku membencimu makin keliru pemikiran ini. Yang paling kutakut, kalau kau akan dipersiakan.
Bulan Oktober kau akan diijabkabulkan. Sukar untuk kuterima peristiwa manismu. Dalam luluh hati dan ketidakredaan terpaksa kulafazkan ‘Selamat Pengantin Baru’. Jangan dikenang saat manis antara kita demi kebahagiaan rumah tanggamu kerana kutahu kau adalah gadis baik.
Mungkin hati ini akan terubat. Mungkin sebulan, setahun, sepuluh tahun aku akan dapat melupakanmu. Dan yang nyata tragedi Oktober akan kuingat sampai mati. -

13 November 2012

She Hurt and she cries

A sunny day Meaning Nothing,
Someone is walking into my heart,
I looked forward to chance
My melancholy, precious man,
You flew here by mistake


Alice in wonderland,
like a fable,
night when a milky way goes through the star milky way
my hope is standing,
he walked with the speed of memories

~Lima Jambatan Kehidupan~



Jambatan terpendek adalah : PUTUS ASA (T_T)
Jambatan terpanjang adalah : PENGHARAPAN (~_~)
Jambatan terkuat adalah : IMAN (^_^)
Jambatan termahal adalah : PENGORBANAN (>_<)
Jambatan terindah adalah : KASIH SAYANG (",)

17 Oktober 2012

~ Seandainya kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dgn hatiku ~


~✿..Bukan tidak suka..bahkan jauh sekali ingin MEMBENCI, saya cuma TIDAK KUAT ingin menolak rasa yang kadang-kala menerpa..lantas kerana itulah saya MELARIKAN DIRI kerana saya tahu saya bukanlah srikandi yang TEGUH IMANNYA di hati..saya cum
a hamba yang kadang-kala jatuhnya tidak diingini, saya tahu amat sukar bagi kamu untuk mengerti.,

Andai kamu ingin melarikan diri..tiada lain saya HARAPKAN melainkan diredhakan hati kerana saya tahu RENCANA Ilahi adalah sebaik-baik KETETAPAN buat diri..lantas, siapalah saya untuk MENYANGGAHI? Andai ingin MENANTI..janganlah kamu MERAPATI..kerana saya pasti MENJAUHI, bukan kerana membenci tetapi kerana saya bukanlah srikandi yang tebal imannya di hati..buat hati yang menangisi..pergilah mencari REDHA Illahi..✿~

>>> Awak mencari cinta saya kerana hati awk BELUM DIPENUHI dengan CINTA Ilahi, BELUM TERISI dengan kasih sayangNya.. RAIHLAH cintaNya terlebih dahulu sebelum meraih cinta saya ini..♥♥


~♥..Panas di dunia, panas lagi di akhirat nanti..TUDUNG ini umpama PAYUNG yang MELINDUNGI kita daripada KEPANASAN yang berjuta-juta kali ganda di akhirat nanti..♥ ~

>>> PESAN SAY

A pada sahabat muslimah sekalian :
HARGAILAH DIRI kita dan TUNTUTLAH ilmu islam dengan sebaiknya kerana ia adalah tuntutan yang WAJIB bagi seorang islam..jika kita ingin mencari REDHA Ilahi, maka LAKSANAKANLAH apa yang telah diperintahkanNya tanpa mempersoalkan kembali apa yang telah Allah perintahkan serta meninggalkan segala laranganNya..ingatlah, kita merupakan GOLONGAN paling ramai yang memasuki NERAKA..tidak berasa malukah kita semua? tidak berasa takutkah kita dengan azab Allah? Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjiNya..malulah kita semua muslimah, malulah..♥♥

p/s: JANGAN MEMPERSOALKAN apa yang telah Allah NOKTAHKAN dan apa yang telah ALLAH perintahkan kerana di sebalik suruhan ALLAH itu terselit HIKMAH dan KEBAIKANNYA andai kita dapat memahami dan menyedari..bukankah suruhan ALLAH itu menandakan Allah SAYANGKAN kita, ayuh..bangkitlah dari lena panjang, sedarilah bahawa permainan dunia MEMERANGKAP kita..menghantar kita ke lembah neraka yang hina..♥♥


~♥ ..Sekali-kali terfikir tentang jodoh, pada akhirnya kelak dengan SIAPA aku akan MENIKAH..siapakah dia yang akan menjadi IMAM dalam solatku, siapakah dia yang akan menjadi NAKHODA dalam bahtera rumahtanggaku..♥ ~

>>> Allah adalah sebaik-baik pengatur..HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian..cuma, manusia selalu KURANG SABAR..belum sampai ke hujung jalan, sudah BERPUTUS ASA..lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya? Jodoh, memang misteri Ilahi..sampai masa dia PASTI datang..membawa kita terbang bersama cuma perlu SABAR..♥♥

10 September 2012

Antara cinta dan persahabatan

Persahabatan sering kali bertukar menjadi permusuhan apabila cinta menjadi pertaruhan.
Persahabatan yang indah akan hancur bila hadirnya keinginan yang lebih untuk hidup bersama yang akhirnya menjadi perebutan.
Apakah pilihan anda apabila persahabatan dan cinta dipertaruhkan dalam perhubungan?