Saya tertarik untuk membuat artikel ini apabila seorang kawan saya bertanya dengan saya mengenai "Kenapa perempuan masih lagi single
even umur dah meningkat?". Jadi, di bawah ini merupakan pendapat saya
dan tidak sesekali bermaksud ingin membuat seseorang terasa hati dan
sebagainya.
Paras rupa - Memang tidak dinafikan paras rupa memang
perkara yang penting. Kebanyakkan lelaki akan melihat paras rupa
terlebih dahulu. Sekiranya perempuan itu mempunyai paras rupa yang
menawan dan menarik, takkan tiada lelaki yang terpikatkan? Jangan
sesekali anda merasakan anda tidak cantik, semua orang cantik. Semua
orang ada kelebihan dan kekurangan dia. Ingat, setiap kita adalah unik!!!
Penampilan diri - Even paras rupa menjadi point utama
bagi seseorang lelaki, penampilan diri turut memainkan peranan yang
penting. Sekiranya anda mempunyai paras rupa yang menarik tetapi memakai
pakaian yang selekeh, pakai baju macam sekadar ada je, siapa la yang
akan tertarik untuk berkenalan lebih rapat dengan awak. Jaga penampilan
anda dengan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan dan
suasana. Tunjukkan yang awak ini feminin...
Tutur bahasa dan adab sopan - Ni lagi satu pointnya.
Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Tetapi
ada juga yang tidak sebegini. Ada perempuan yang main cakap lepas sahaja
seperti lelaki pula lagaknya. Mana lelaki yang tak terkejut kalau
perempuan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sudah tentu ianya
akan menurunkan saham perempuan itu. Lagipun, kan manis dan ayu kalau
perempuan menjaga tutur kata dan adab sopan. Ayu, ayu gitu. Mesti ada
yang terpikat nanti. ;))
Tidak yakin pada diri sendiri - Perempuan yang masih
single sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri
sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk lelaki itu. Mereka
fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka. Siapa kata? Setiap seorang
telah dijadikan berpasang-pasangan. Cuma cepat dan lambat je. Yang
penting kena yakin pada diri sendiri. Even sebagaimana besarnya badan
seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin. Even
sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh
bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana anda merupakan seorang
yang hebat..
Serik untuk berkapel - Mungkin pengalaman silam
telah menyebabkan anda serik untuk bercinta. Serik untuk mempunyai
pasangan di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus
cinta merupakan pengalaman yang memedihkan. Tiada siapa yang akan berasa
gembira bila dia ditinggalkan oleh kekasih yang disayang setiap masa.
Untuk itu, anda perlu mengumpul semula semangat anda. Jangan ingat, anda
telah putus cinta bermakna tiada hari esok untuk anda. Pupuk semangat
dan kuatkan motivasi diri anda. Gunakan .....
Diharapkan dengan tips-tips di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak
dalam mengetahui bagaimana untuk keluar dari persoalan ini. Dan
sekiranya anda mempunyai pendapat yang lain, anda boleh kongsikan
bersama saya semua di ruangan komen di bawah. Semoga anda mendapat
seorang jejaka yang dapat menyayangi dan menjaga anda sehingga ke hujung
hayat. ......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan